Kelas Keusahawanan (Basic to Advance)

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Bengkel keusahawanan iaitu bengkel Asas Solekkan dengan kerjasama Pusat Internet Engkilili. Bengkel ini telah dihadiri seramai 10 orang peserta dari sekitar kawasan Engkilili-Lubok Antu. Bengkel ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Pusat Internet Engkilili. Tujuan kelas ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan komuniti sekitar Engkilili-Lubok Antu dengan bidang keusahawanan yang berasaskan solekan yang dapat menjana pendapat sama ada sampingan atau pendapatan utama.

Selain itu, program ini juga diadakan untuk mencungkil bakat serta memperkembangkan bakat sedia ada dan meningkatkan kreativiti dalam kalangan komuniti yang berminat atau yang ingin menceburi bidang solekan. Program seperti ini juga dapat membantu golongan suri rumah khasnya dalam menjana pendapatan mereka sendiri disamping membantu kewangan keluarga.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program keusahawanan:
1) Pendaftaran Peserta
2) Taklimat Ringkas Myfreeview
3) Teori Asas Solekkan oleh Puan Foreda Voon
4) Praktikal Asas Solekkan
5) Penyampaian Sijil dan Hadiah kepada Peserta Terbaik
6) Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali